CARA SIAPKAN ASSIGNMENT SEMASA BELAJAR SECARA PJJ


1. Pastikan CatatSetiap Assignment yang diberi oleh pensyarah

Penting sangat kehadiran pada hari pertama. Masa ni lah pensyarah nak bagitahu pembahagian markah kita masa exam, tajuk assignment dan cara buat assignment tu nanti. Bila kita dah dapat info tu at least kita dapat imagine assignment kita tu nanti macam mana nak buat. Tak de lah macam takde arah tujuan je kan. Contohnya ada 4 subjek untuk sem tu. Mesti paling kurang pun ada 4 assignment kan? So, Mark awal-awal assignment tu dalam planner kita bila kena hantar.

2. Guna masa dengan bijak

Sambil tunggu transport boleh la kumpul maklumat yang kita nak isi dalam assignment tu nanti. screenshot, upload dalam google drive or dropbox. Nanti nak start buat boleh la refer je kat screenshot tu. Jangan duduk saja layan youtube pulak kan. Kerja dah siap nak pergi langit biru pun pergi la. Ni sekarang tengah study buat cara student. Kita sendiri kena kawal masa kita. Kalau boleh buat time management la. Kalau susah sangat kan nak urus masa buat la jadual setiap hari lepas tu ikut je kat dalam tu punya masa. 

3. Beri kerjasama dengan baik

Kadang ada assignment subjek tu kena buat dalam kumpulan. Benda ni banyak kali dah berlaku. Even belajar full time ke part time mesti akan jadi juga tau. Ni semua relate dengan responsibility kita la. Bila dah part time study ni lagi mudah la nak lari dari tanggungjawab buat assignment dalam kumpulan. Jangan lari untuk bagi kerjasama. Nak lulus sama-sama kan? buat la assignment sama-sama. Kita mudahkan urusan orang Allah mudahkan urusan kita.

4. Set time sendiri untuk deadline 

Belajar full time pensyarah akan pesan assignment hantar week berapa kan? tapi kalau part time study lecturer akan pesan meeting yang kali  ke berapa kena hantar. Dalam satu sem jumpa dalam 5 kali/7 kali je. Usually lecturer minta last meeting or second last meeting. Saya and husband akan set time sendiri untuk siapkan assignment yang diminta tu.

Contoh :

Subjek : Aqidah islamiyyah
Tajuk yang dipilih : Perbahasan tentang Ad Dajjal
Tarikh Hantar : Meeting terakhir
Jenis Assignment : Secara Individu
Tarikh Sendiri : Minggu Ketiga settle

So kita takde lah risau sangat kan assignment kita tak sempat siap ke apa 

5. Recheck dengan lecturer sama ada lengkap atau tidak assignment tersebut

Jumpa dengan lecturer sebelum habis kelas, recheck dengan beliau sama ada assignment kita lengkap atau tak. Kalau tak kita masih ada masa lagi untuk baiki kesilapan kita yang ditegur. Bila lecturer mark and baca beliau dah puas hati dengan hasil kerja kita tu. 

p/s : since kita pun susah nak bersemuka dengan lecturer, dapatkan nombor contact setiap lecturer tersebut. Mudah untuk kita tanya bila ada masalah. 

Semoga bermanfaat. xoxo 😆

Comments

Popular posts from this blog