5 TIPS BELAJAR SECARA PJJ 


Maksud PJJ adalah "Pembelajaran Jarak Jauh". Sebelum ni saya ada buat Entry pasal Belajar secara part time kan? Boleh tengok kat sini Pengalaman Belajar Part Time

Baru-Baru ni keputusan Sem 1 dah keluar. Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Saya tak expect pun saya akan score for the exam. First sebab masa untuk belajar sangat limited, banyak topic subjects yang lecturer tak sempat cover and kelas pun cuma ada 5 kali satu semester. 


For my first semester saya dapat 3.5 above tapi jam kredit saya cuma ada 9 jam sahaja jadi saya tak dapat untuk dean list. Syarat untuk dapat dean list adalah minimum 12 jam kredit. Sedih jugak pada mulanya sebab tak dapat nak attend ceremony dean award tapi takpe lah. Maybe belum rezeki saya lagi. Antara tips yang saya amalkan sepanjang saya ulangkaji pelajaran : 


1. Tahu Silibus Keseluruhan Topik Subjek Tersebut 


Since kita ni pelajar PJJ jarang sangat nak jumpa pensyarah, so macam mana pun kena ada inisiatif sendiri. Saya akan print the whole silibus untuk saya refer tajuk apa yang pensyarah tu akan ajar untuk the next class. As for me pelajar UITM boleh di Laman Web AIMS. Boleh isi dalam tu maklumat subjek yang kita nak.




2. Sentiasa Check iLearn, Jangan Overlook Notes

Selalunya bila dah belajar PJJ ni akan ada satu laman web yang function dia sebagai kelas online. Di UITM kami ada iClass. iClass ni tempat kita contact dengan pensyarah, dapatkan notes, pensyarah umumkan keputusan Quiz or Midterm Test, tempat perbincangan and macam kelas kita attend tapi secara online. Mudah tau sebenarnya ada kelas online ni. Tak terikat pada masa dan tempat. Boleh je akses kat mana-mana. Even tengah travel pun boleh baca notes kan? 

3. Buat Nota Ringkas 

Pastikan notes ni saiz poket. Sebab mudah nak pegang dan mudah nak simpan. Kandungan isi nota tu mula dengan : Tajuk Besar, Tajuk Kecil dan Penerangan

Make sure setiap subjek dan bab ada nota dia sendiri. Jangan campur adukkan nota nanti nak final exam susah nak cari semula, Kalau ikut cara saya Setiap bab saya stapler and macam tu jugak setiap subjek saya pakai paper clip besar gabungkan semua bab untuk satu subjek tu. 

Contoh : Subjek akidah -bab 1 (saya stapler). -bab1, bab 2, bab 3, bab 4 ( saya klip semua sekali dengan klip yang besar. Mudah nanti nak cari.

4. Buat Nota Semasa Datang Ke Physical Class

Ini adalah Method yang terpenting sekali dalam kelas tau. Kalau boleh buat video pun okay. Tapi saya selalu record suara je. Taknak la nampak obvious sangat kan. Notes ni saya akan tulis ikut kefahaman saya supaya saya mudah nak faham apa yang Lecturer tu ajar. At least nanti masa kita buat revision kita boleh recall sikit-sikit. 

5. Cuba Buat Soalan Lepas dan Identify FPQ (Frequent Past Question) 

Pensyarah akan recycle jugak soalan-soalan lepas. Macam Exam saya hari tu. Saya harap sangat jangan lah keluar soalan lama sebab susah nak jawab untuk subjek ekonomi. Tapi bila exam tu tengok soalan sama jugak macam Past Year. Senyum jela masa menjawab tu. Tak tau nak react mende dah. Bila dah mastered buat soalan past year dah boleh la move on to exam hall selalunya 60% sama la. Tapi TAK SEMESTINYA MASUK sebijik bijik ye 

Setakat ni sahaja tips saya. Semoga bermanfaat. xoxo 😵



Comments

  1. tq ats sharing menarik....selit sedikit kot ada mencari.Akak mengambil upah utk asgmt or repair thesis .Nak tulis thesis or edit or translate pun boleh.Bidang yg diambil meliputi MBA, bis,law ,finance eco and nursing area pun boleh.Utk penulisan nursing berkaitan reflection/evidence base study boleh.Analisis spss pun boleh.Wsp aje 0166371460 for info ya.Kot takde masa siapkan asgmt ke/kuiz ke akak bantu for PJJ only.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog