PROTEGE GANTIKAN SL1M

Macam yang kita tau, SL1M adalah program yang bagi latihan kepada para graduan yang baru habis study. Since dah tukar kerajaan so, kerajaan baru decide nak tukarkan procedure SL1M ni kepada sesuatu yang lebih praktikal dan lebih bagi peluang kepada graduan untuk jamin mereka dapat sesuatu dari program yang dianjurkan oleh kerajaan ni. 

Kalau di BIMB Holdings, kami ada dalam 11 batch semuanya sebelum bertukar kepada program penjenamaan baru ni. Elaun SL1M sebelum ni RM 1,500 dinaikkan Feb 2018 kepada RM2,000 dan dengar khabar angin PROTEGE ni akan dinaikkan atas sebab kuasa beli yang kurang pada masa kini. Tapi belum ada pengumuman rasmi dari Jabatan kerajaan yang bertugas. 

28 Januari 2019 berlangsunglah Majlis perasmian PROTEGE. Diadakan di Ibu Pejabat TNB yang terletak di Bangsar. Dihadiri oleh hampir 20 wakil syarikat contohnya CIMB Group, UEM Group, UMW, Maybank BIMB Holdings, AFFIN Bank, TNB, PNB, Sime Darby Property, Lembaga Tabung Haji dan banyak lagi syarikat yang terlibat.  



SL1M :

- Syarikat PLC/GLC akan hired around 100 trainees kemudian gajikan mereka selama 4/6/12 bulan

- Selama tempoh itu, mereka dilatih dengan kemahiran mengendalikan kerja dan siapa yang memberi 
komitmen yang baik akan diserap oleh syarikat tersebut

- Kebanyakan syarikat yang tersbut adalah berorentasikan korporat

- Pelatih yang diserap akan bekerja secara employment atau bahasa mudah 'makan gaji'

PROTEGE :

- Akan diberikan kursus tentang keushawanan

- Jalankan perusahaan kecil kecilan dengan usaha sendiri dan dipimpin oleh syarikat PLC/GLC

- Perlu bentangkan business performance setiap bulan untuk melihat potensi mereka dalam mengusahakan perniagaan mereka

- Jika tiada rezeki untuk diserap oleh syarikat yang melatih mereka, mereka boleh teruskan perniagaan yang mereka usahakan sebelum ini

-  dapat tunjuk ajar untuk memulakan pernigaan 


Kerajaan baru ini membuat penambahbaikan dari segi hala tuju pelatih SL1M setelah habis latihan jika tidak diserap. Program PROTEGE ini sangatlah disokong. Alhamdulillah kerajaan nampak perkara ini berlaku dalam masalah pengangguran graduan.

Comments

Popular posts from this blog