HOW I USE MY PLANNER WISELY  (NEW YEAR EDITION)


Planner ni ada banyak jenis yang ada jual kat pasaraya or bookstore. Sebelum-sebelum ni banyak dah saya beli planner tapi hasrat nak menulis planner tu sentiasa la terkubur macam tu je. dah sampai hujung tahun rupanya planner saya masih lagi kosong dan tak bertulis. Sayang sangat. Saya ni jenis beli apa-apa pun memang berjimat. Normally planner cost you about RM 15.00 lebih to RM 50.00 la kalau nak dapat yang cantik and cute 😜

Normally perempuan suka planner comel-comel


Macam saya punya taste pulak, appearance penting isi dalam nak tulis pun penting jugak. Sebab kita nak isi aktiviti yang kita nak buat kan so kita lah yang tentukan jenis apa yang kita nak guna. antara jenis yang ada : 


1) Monthly Planner

2) Weekly Planner

3) Daily Planner

4) Yearly Planner.

Ada yang jenis depan ada kalendar belakang pulak ada untuk tulis nota je.
Ada jugak yang ikut jam setiap hari nak buat apa
Ada jugak yang jenis bulan ni apa yang important nak kena buat.

My prefer : Jenis yang ada bulanan, minggu ada 7 hari ruang nak menulis. (sebab senang nak jotdown nak buat apa minggu tu) 


Saya kan 'pekerja+pelajar' jadi saya kena bijak dalam time management. Supaya assignment saya dapat disiapkan sementara tak ganggu kerja saya kat office. 

Masa nak balik rumah tu singgah sekejap kat Popular bookstore dekat Avenue K  KLCC dekat setengah jam jugak la saya pilih-pilih planner yang berkenan. Banyak yang jenis executive style je. Saya tak berapa minat sangat kalau yang jenis tu nampak mcam terlampau serius sangat pulak. 

Lepas dah belek-belek ada yang berkenan tapi cuma ada warna hijau je. Soft green pulak tu memang tak minat langsung. Tapi saya dah plan, kalau saya beli jugak yang tu saya nak beli wrapping paper nak cover warna dia tu. Then nak pegi cari wrapping paper dah terjumpa warna pink. Yes! I loike!! 

Ni lah contoh planner yang saya dah isi by week. 


Happy sangat dapat planner yang memang sesuai untuk dijadikan sebagai organizer kita. So, uruslah masa dengan sebaiknya. Insyaa Allah dah tak kelam kabut nak buat banyak benda dalam satu masa.



Share lah kalau ada pengalaman guna planner :) Im glad to hear from you guys



Comments

Popular posts from this blog